Saturday, February 7, 2009

Organisasi GSC Penang 2009

Assalamualaikum,

Dengan ini kami ingin memberitahu yang berikut adalah Organisasi GSC 2009:

Penasihat : Jankuzi

Presiden : Cumiey

Bendahari / Setiausaha : Ady Boestaman

Kami mengucapkan kepada Ahli Organisasi ini dapat melaksanakan tugas dengan baik...insyaAllah hendaknya....

amiiinnnn....

*diharap ahli-ahli yang lain dapat memberikan kerjasama yang baik kepada Ahli Organisasi yang baru dilantik ini...

Sunday, January 18, 2009

PROUD TO BE GHETTORIANZ

"UNITE WE STAND, TOGETHER WE RIDE"

Friday, January 16, 2009

History Of Ghetto Scoot Clan Penang Division

Ghetto Scoot Clan Penang Division (atau lebih dikenali sebagai Ghetto Penang) pada mulanya dianggotai oleh beberapa skuterist-skuterist muda di kawasan Seberang Perai. Anggota terawal Ghetto Penang adalah saudari Erin dari Seberang Jaya yang pada masa itu menunggang skuter suzuki VR125, dan ahli kedua yg menyertai Ghetto Penang adalah saudara Faizal (atau lebih dikenali sebagai Jankuzi). Pada awal pembabitan kami berdua proses merekrut ahli baru hanya lah bergantung kepada pengisian borang melalui borang online yang boleh didapati di lawan web Ghetto Scoot Clan Malaysia (pada ketika itu). Pada ketika itu Ghetto hanyalah dikenali di kawasan tenagh semenanjung iaitu di Kuala Lumpur (tempat di mana Ghetto mula bertapak). Alhamdulillah selepas beberapa bulan bertungkus lumus mencari ahli baru, ada la dalam 8 orang iaitu kumpulan pertama yang menyertai ghetto pada ketika itu. Mesyuarat pertama Ghetto Penang telah diadakan pada bln 9 2004 bertempat di persisiran Gurney Drive yang dihadiri oleh 10 orang ahli terawal. Program pertama yang ahli Ghetto Penang sertai pada ketika itu adalah PISA Scoot Comp yg bertempat di PISA, Penang di mana pada ketika itu ahli Ghetto Ipoh (Ghetto Perak belum lagi tertubuh pada masa itu) telah bergabung dan disertai juga oleh ahli kelah Unite Clique (sekarang dikenali sebagai Twister Scoot Clan). Setelah berjuang beberapa bulan selepas itu, saudari Erin yang melibatkan diri secara aktif pada awal pembabitan beliau dalam arena skuter terpaksa menarik diri dari arena skuter atas sebab-sebab peribadi (masalah kerja, masalah peribadi yang lain). Selepas penarikan diri saudari Erin, kebetulan pula saudara Faizal (atau lebih dikenali sebagai Jankuzi) di beri mandat oleh Ghetto Scoot Clan KL (headquarters) untuk memimpin Ghetto Penang sehingga ke tahun 2008...dan kini era Ghetto Penang yang baru menantikan pemimpin kelab yang baru yang sekarang ini masih dalam pertimbangan...kita akan nantikan saat-sat tersebut...insyaAllah...